JOHOR BAHRU: Angin kuat menyebabkan kebakaran lalang merebak hingga
memusnahkan 40 kereta pelbagai jenis bernilai lebih setengah juta di
tempat menyimpan kereta sebuah bengkel di Jalan Permatang 17, Taman Desa
Jaya, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata,
dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, kebakaran bermula di kawasan
semak yang berbukit berhampiran bengkel kereta berkenaan yang
menempatkan 80 kereta untuk dibaik pulih.
Katanya, semua kereta itu milik pelanggan sebuah bengkel dan
diletakkan di situ sementara menunggu ia dibaik pulih selepas cuti Tahun
Baru Cina.
"Bagaimanapun, api marak dari semak berhampiran dan merebak ke kawasan menyimpan kenderaan lalu memusnahkan 40 daripada 80 kenderaan itu.
"Bagaimanapun, api marak dari semak berhampiran dan merebak ke kawasan menyimpan kenderaan lalu memusnahkan 40 daripada 80 kenderaan itu.
"Tiga jentera bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Larkin dan Johor Bahru dikejarkan ke lokasi dan memadamkan kebakaran," katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Zon B Balai Bomba Johor Bahru, Haron Idris berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2 petang dan tiba di tempat kejadian 14 minit kemudian.
"Kami memerlukan kira-kira dua jam untuk memadamkan kebakaran. Ketika kejadian, pemilik serta pekerja bengkel tiada di lokasi dan kini masih menyiasat punca kebakaran," katanya.