Kebanyakan kita pasti pernah melalui zaman remaja di mana akal masih kurang matang dan terlalu mengikut perasaan.
Tapi tak kira macam mana muda sekali pun usia, pegangan agama dapat
mengelakkan diri daripada terjebak melakukan perkara yang tidak
sepatutnya – ibu bapa sila ambil perhatian perkara ini.
Jika tidak, jadilah seperti seorang remaja perempuan dalam gambar di
atas. Semata-mata kerana putus cinta, adik ini tergamak mengelar
lengannya sampai berdarah kemudian berkongsi perbuatannya itu di
Facebook untuk membuktikan kepada bekas teman lelakinya dia berani
bertindak sedemikian.
Pemeriksaan penulis pada akaun Facebook adik ni bagaimanapun
mendapati dia masih sihat dan aktif memuatnaik status-status baru jadi
perbuatan ini bolehlah diklasifikasikan sebagai kes nakkan perhatian
semata-mata.
Sebenarnya dik, buang masa saja menunjukkan kekecewaan kita terhadap manusia lain.
Kumbang bukan seekor, dibuatnya tersilap toreh sampai putus urat nadi hari tu takkah awak mati sesat tak fasal-fasal?