Wan Sakinah, isteri kedua Ashraf Muslim, kini sudah pun memasuki tujuh
bulan kandungannya, menerusi akaun Instagramnya, Wan Sakinah telah
berkongsi beberapa gambar dirinya bercuti di Pulau Langkawi bersama
suaminya,menampakkan semakin terserlah “baby bump” Wan Sakinah.
Sudah pastinya pasangan bahagia ini semakin teruja menanti kehadiran
orang baru.Tidak dinafikan lagi,wajah Wan Sakinah semakin berseri-seri
seperti kebanyakan ibu mengandung di luar sana. Kalau tengok perut
nampak gaya macam anak lelaki je. Hanya tinggal 2 bulan lagi untuk
Ashraf Muslim dan Wan Sakinah akan bergelar ibu bapa. Semoga semuanya
berjalan lancar.
Tahniah buat Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semoga kebahagiaan yang
ada terus berkekalan dan bertambah dengan kehadiran cahaya mata.
Sama-samalah kita doakan.