Share It

[MESTI BACA] Derita 4 tahun berakhir-Allah lebih menyanyanginya



Kuala Terengganu: Selepas empat tahun dua bulan menjalani kehidupan di dunia ini, akhirnya Siti Solehah Mohd Mazolru yang mengalami kecacatan otak dan tidak memiliki hidung serta mulut sumbing menghembuskan nafas terakhir tepat jam 8.15 malam, pada 7 Januari lalu.

Kanak-kanak istimewa yang dianggap permata keluarga bagi pasangan suami isteri, Mohd Mazolru Ibrahim, 31, dan Siti Haslina Sheikh Hussin, 34, serta tiga anak lelaki mereka, Mohd Ekmal Daniel, 12, Mohd Ekmal Darwisy, 9, dan Mohd Ekmal Darimie, 6, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, selepas lima hari dimasukkan ke hospital itu kerana muntah berdarah.


Siti Haslina dari Kampung Nibong, di sini, berkata, walaupun sukar menerima kenyataan itu, dia dan suaminya reda pemergian Siti Solehah kerana menyedari setiap kejadian yang berlaku itu adalah ketentuan Allah.

“Saya dan suami sentiasa berada dalam keadaan bersedia menerima ujian ini kerana melihat penderitaannya, kami berasakan hayat Siti Solehah tidak panjang.