Share It

“FASHA SANDHA TIDAH BERSALAH” – ALONG KAMARUDDIN

Pelakon Fasha Sandha dan pelakon muda, Dazrin Kamaruddin tiba-tiba menjadi panas setelah mereka dikatakan bermasam muka meskipun sedang bergandingan untuk drama bersiri, Miranda, yang baharu saja menemui penonton semalam, setiap Rabu jam 9 malam.
Ketegangan ini timbul apabila Fasha meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap Dazrin yang dikatakan tidak berdisiplin dalam sebuah akhbar tempatan (bukan Sinar Harian).
Malah dikhabarkan hubungan keduanya dingin selepas saling memberi kenyataan balas di media.
Enggan membiarkan isu itu terus menjadi ‘buah mulut’ orang ramai, pengarahnya, Along Kamaruddin tampil memberikan penjelasan dan berharap konflik yang melibatkan pelakon utamanya itu segera berakhir.
Penjelasan Along Kamaruddin :-
Kisah artis tidak berdisiplin merupakan perkara lapuk dalam industri kita. Malah saya sendiri sudah beberapa kali menempuhi perkara ini.
Namun apa yang ingin saya tegaskan bahawa Fasha merupakan pelakon yang profesional dan sangat berdisiplin.
Tindakannya meluah perasaan dalam sebuah akhbar merupakan perkara yang betul dan bukan fitnah semata-mata.

Saya akui Dazrin memang mempunyai masalah disiplin dan sering lewat ke lokasi penggambaran.
Masalahnya bukan lambat dalam masa 10 minit tetapi berjam-jam. Saya ingin tegaskan, Fasha tidak menipu atau berbohong mengenai masalah ini.
Malah saya sendiri terpaksa tinggalkan set penggambaran kerana sudah jemu menunggu Dazrin.
Saya mengagumi bakat dan kebolehan yang ada pada dirinya. Selain mempunyai kecantikan semula jadi, dia seorang yang berdisiplin dan sangat menepati masa.
Jika waktu penggambaran bermula seawal jam 8 pagi, Fasha antara orang yang terawal tiba di lokasi.
Malah jika diberi pilihan, Fasha merupakan aktres pertama yang akan saya pilih sebagai heroin dalam drama saya.
Bukan mempertahankan dia semata-mata, tetapi ia berdasarkan pemerhatian saya sepanjang kami bekerjasama dalam beberapa drama lalu.
Sebab itulah, teguran Fasha kepada Dazrin saya lihat perkara betul kerana dia lebih senior.
Dia cuma meluahkan rasa kecewanya dengan sikap Dazrin yang tidak menghormati saya dan mereka yang terlibat dalam produksi ini.
Apatah lagi setelah hal ini tersebar, dia juga terkilan dengan mereka yang cuba memanipulasi keadaan seolah-olah Fasha yang bersalah dan menyebabkan masalah itu timbul.