Pelajar Dirogol Dan Dipaksa Telan
Air Mani – Seorang pensyarah sebuah
kolej swasta didakwa telah mengikat, memukul dan merogol pelajar sebelum
memaksa dia menelan air mani.
China Press melaporkan bahawa
pensyarah berusia dalam 40-an telah memanggil gadis yang berusia 21 tahun untuk
bertemu dengannya di pejabat beliau bagi membincangkan kerja kursus beliau.
Semasa berada di bilik, pensyarah
tersebut mengajak mangsa berhubungan badan namun ditolak.Namun pensyarah
tersebut mengugut untuk mengagalkan pelajar tersebut. Kerana takut digagalkan,
mangsa bersetuju untuk mengikuti pensyarah pergi untuk sarapan pagi dengan
menaiki kereta pensyarahnya.
Namun sebaik memasuki kereta,
pensyarah tersebut telah mencekik leher pelajar tersebut dan merampas telefon
bimbitnya.
Pensyarah membawa mangsa ke rumahnya
di Sentul di mana pelajar itu diikat, dibogelkan dan dirogol.Tak hanya dirogol,
pelajar tersebut juga dipaksa untuk menelan air mani pensyarah tersebut. Beliau
kemudian meninggalkan pelajar tersebut di stesen LRT.
Pelajar, disertai oleh kakaknya,
telah membuat laporan di balai polis Sentul, Kuala Lumpur.